20 April 2023

MASUK ICU - ROHANA JALIL DISAHKAN ALAMI MASALAH KEBOCORAN USUS



Penyanyi Rohana Jalil, 68, yang sebelum ini dilaporkan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak semalam itu difahamkan mengalami masalah kebocoran usus sehingga menyebabkan penyanyi itu tidak boleh makan dan minum.

Memetik Harian Metro, hari ini Rohana menjalani pembedahan untuk menutup kebocoran di ususnya. Pembantu peribadi Rohana iaitu Suzie ketika dihubungi memaklumkan, usus penyanyi itu bocor disebabkan ulser perut dan gastrik.


Difahamkan, penyanyi lagu 'Rayuanku' ini sudah sedar hari ini, tetapi tiub pernafasan masih belum boleh dicabut kerana dia perlu menjalani beberapa prosedur lain.

"Tolong doakan prosedur ini berjaya supaya tak perlu buat 'major surgery'. Insya-Allah selepas ini kalau dia kuat untuk bernafas sendiri, doktor akan cabut tiub pernafasan. Sekali lagi tolong jangan putus doakan Rohana. Dia masih kritikal. Selepas beberapa hari pembedahan keadaan ususnya masih bocor," jelas Suzie yang turut berkata, Rohana sebelum ini pernah menjalani pembedahan yang sama tetapi tidak berjaya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: