06 May 2023

ALYAH DEDAH ALLAHYARHAM RIDZUAN HASHIM SAUDARANYA: "ARWAH YANG BAWA SAYA DALAM INDUSTRI INI"



"Saya tak pasti bagaimana pertalian keluarga kami. Apa saya tahu arwah adalah saudara di sebelah arwah bapa saya. Kami memang sudah lama tidak berjumpa.Tetapi arwah adalah antara orang penting ketika awal saya menjadi penyanyi.

"Arwah yang bawa saya dalam industri seni ini.Malah arwah abang juga pernah berpesan kepada Ridzuan untuk menjaga saya dan dia anggap saya seperti adiknya.


"Arwah Ridzuan antara salah seorang penulis lagu 'Kita Adalah Kita' yang pernah saya nyanyikan di awal kemunculan dahulu," demikian kongsi penyanyi Datin Alyah, 42, yang mendedahkan Allahyarham Ridzuan Hashim mempunyai pertalian keluarga dengannya dan merupakan individu terawal yang membantu kerjaya seninya sekitar tahun 2001.

Kata Alyah, dia terkejut dengan pemergian arwah Ridzuan kerana tidak pernah mengetahui tentang penyakitnya ketika berjumpa kali terakhir sebelum pandemik C0V1D.

Klik untuk gambar besar



"Saya dah lama lost contact dengan arwah sehingga lah kami berjumpa kembali kira-kira tiga tahun lalu. Saya tak sangka dia pergi cepat kerana saya sendiri tidak tahu dia sebenarnya sedang sakit," tuturnya.

Pada Khamis (4 Mei) lalu, Ridzuan atau nama penuhnya Mohd Ridzuan Hashim, 62, meninggal dunia akibat serangan jantung selepas rebah ketika sedang bersarapan di kediamannya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: