06 May 2023

MAHU KUDA ARAB HITAM RM100,000 - ZIZI KATA SUAMI AKAN USAHA TUNAIKAN IMPIANNYA



"Saya ada beritahu suami, saya tak nak bag Hermes atau Chanel, saya mahu kuda... kuda baka Arab. Suami kata, Insya-Allah dia akan usahakan.

"Kuda Arab warna hitam," ujar penyanyi Zizi Kirana menerusi video yang tular di TikTok dimana meminta suaminya iaitu pelakon Yusof Bahrin untuk menghadiahkannya seekor kuda baka Arab berwarna hitam yang berharga RM100,000.


Pada perkongsian yang sama, penyanyi lagu 'EH!' itu turut menyatakan sebab mengapa dia memilih kuda Arab hitam dipilih berbanding yang lain.

"Kuda Arab kuatnya lain macam bila saya tunggangnya. Selain itu, bentuk badannya jugak kuat. Tambah lagi, kuda Arab dari tanah Arab tempat kelahiran Nabi.

"Saya ada tanya pada jurulatih, katanya kuda arab yang paling terbaik ada jual di Australia. Tetapi harganya lebih mahal kerana perlu kira kos logistik dan sebagainya," katanya yang mendirikan rumah tangga dengan Yusof pada 19 September 2021.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: