05 May 2023

ANAK KEDUA: "SEMUA DIA MAHU BUAT SENDIRI" - ANAK BONGSU: "AYAH SUDAH TAK SAKIT LAGI OKAY"



Anak kedua kepada pelakon Allahyarham Ridzuan Hashim iaitu Muhammad Dhanial, 29, yang menahan rasa sebak itu telah berkongsi detik cemas yang terjadi kepada bapanya saat tiba-tiba rebah di rumah mereka di Desa Tun Razak, di sini, pagi semalam, selain berkongsi perubahan sikap arwah bapanya apabila tidak lagi meminta bantuan untuk melakukan apa-apa termasuk untuk berdiri.

"Selalunya ayah akan bangun awal. Tapi hari ini pukul 7 pagi saya kejut dia tak bangun. Pukul 8 pagi pun tak bangun sehingga akhir ayah bangun pada pukul 11 pagi. Selepas itu seperti biasa ayah akan bersarapan dan sempat makan dua tiga suap sebelum dia tiba-tiba rebah.


"Sejak akhir-akhir ini, arwah tidak seperti kebiasaan. Sebelum ini jika dia mahu lakukan sesuatu, dia akan minta tolong termasuk untuk berdiri. Tapi sejak beberapa minggu terakhir ini, semua perkara dia mahu buat sendiri. Saya yang menjaga ayah sejak dia disahkan ada penyakit jantung sekitar tiga tahun lalu," jelas Dhanial yang turut meluahkan rasa terkilan apabila bapanya tidak sempat untuk meraikan majlis pernikahannya yang bakal diadakan pada 20 Mei nanti.

"Itu yang membuatkan saya rasa terkilan dan sangat sedih. Ayah ada beritahu, dia akan ikut ke Tawau untuk majlis pernikahan. Saya pun dah siapkan tiket penerbangan dan baju untuk ayah. Memang rasa ralat sikit. Ayah pernah pesan jangan makan perut banyak sangat sebab keluarga ada sejarah sakit jantung. Itu sahaja pesannya," kongsi anak kedua daripada lima orang adik-beradik itu.

Klik untuk gamabr besar



Sementara itu, anak bongsu Allahyarham iaitu Diyana Ridzuan telah memuat naik tangkap layar luahannya dimana dia reda pemergian bapa tercintanya. "Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya. Minta sedekahkah al-Fatihah untuk ayah saya. Ayah, ini foto terakhir kita bersama. Beritahu saya bagaimana untuk menjadi kuat selepas semua yang saya lakukan adalah untuk ayah. Tak kuat tetapi tak mengapa, ayah sudah tidak sakit lagi okey.

"Saya reda ayah tetapi di mana saya nak cari semangat untuk bekerja bersungguh-sungguh jika semuanya memang untuk ayah. Saya paling rapat dengan ayah. Separuh nyawa saya pergi selama-lamanya," ujar Diyana dalam InstaStory dimana dia turut berkongsi foto raya terakhirnya bersama arwah bapa yang dirakam pada 24 April lalu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: