05 May 2023

SUDAH BERNIKAH 1 SEPTEMBER TAHUN LALU - PELAKON FARALI KHAN KINI HAMIL 7 BULAN



Pelakon filem 'Tujuh Dua Belas' iaitu Farali Khan atau nama sebenarnya, Norfara Ali Dad Khan menerusi laman Instagram miliknya telah mendedahkan bahawa dia telahpun mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, seorang model yang dikenali sebagai Qireen, pada 1 September tahun lalu.

Berkongsi momen indah saat diijabkabulkan, Farali menerusi nota kapsyen pada hantaran sama, turut berdoa agar suami menjadi ketua keluarga yang baik.


Dalam masa sama, pelakon berdarah kacukan Pakistan dan Cina itu memaklumkan, dia kini sedang hamil tujuh bulan.

"The Solemnization 4 Safar 1444 (1 September 2022). Marriage is not a fairytale. Its alot of work and patience. Dont do it for Love only but for Allah SWT.

Klik untuk gambar besar



"HE meets and separates us. Everything is written. With this sharing, InsyaAllah I hope you will stay being a bestfriend, a loyal husband, a soon loving father and most of all a good Imam.

"Lets remind each other everyday to practice what Allah SWT loves and keep our home the best harmonious place It can be. Amin,” tulisnya.

Sebelum ini, Farali yang merupakan kakak kepada pelakon Isa Khan itu sebelum ini pernah menjelaskan, dia memilih untuk tidak terlalu terbuka mengenai hal peribadi kepada umum.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: