05 May 2023

ANAK KEENAM SELAMAT DILAHIRKAN - AYU RAUDHAH & SUAMI TIMANG BAYI LELAKI



"Alhamdulillah.... isteri saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada pukul 2.25pm.. terima kasih atas doa semua..," itulah tulis Zaquan Adha menerusi Insta Story miliknya dimana dia memaklumkan isterinya, pelakon Ayu Raudhah telahpun selamat melahirkan anak keenam mereka di sebuah pusat perubatan petang tadi.


Bagaimanapun, setakat ini Zaquan yang juga ketua pasukan bola sepak Negeri Sembilan FC (NSFC), belum mendedahkan lagi wajah cahaya matanya itu kepada umum dan hanya berkongsikan momen isterinya dimasukkan ke hospital.

Untuk makluman, Ayu dan Zaquan yang mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 itu sebelum ini telah dikurniakan lima orang cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 10, Muhammad Aisy Aryann, 9, Laura Zuleykha, 6, Muhammad Aisy Khaliq, 4 dan Aisy Al Jibreel, 2.

Klik untuk gambar besar











         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: