05 May 2023

"SAYA SENDIRI TAK PERNAH KENAL PUN ENGKU EMRAN..." - FIZA HALIM NAFI DAKWAAN BERCINTA DENGAN SUAMI NOOR NABILA



"Saya sendiri terkejut dengan dakwaan itu kerana tiada angin tiba-tiba keluar gosip itu. Saya dapat tahu cerita itu daripada kawan dan kakak angkat yang 'screenshot' (tangkap layar) mengenai komen peminat itu di Instagram. Saya sendiri tidak pernah kenal pun Engku Emran dan hanya mengetahui mengenai dirinya dengan bekas isterinya iaitu Erra Fazira dan Laudya Cinta Bella pun di TikTok.

"Saya tidak tahu dari mana datangnya dakwaan kami bercinta itu. Saya pelik bila keluar cerita Engku Emran dipercayai membawa anak-anak saya keluar sedangkan mereka tidak boleh keluar rumah sesuka hati pun.


"Tidak logik jika Engku Emran bawa anak-anak saya keluar tanpa pengetahuan saya," demikian jelas pelakon dan bekas penyanyi Fiza Halim, 42, yang tampil menafikan dakwaan dirinya bercinta dengan suami kepada usahawan selebriti, Noor Nabila Mohd Noor, 38, iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin, 48, seperti yang diperkatakan netizen ketika ini.

"Saya sudah 25 tahun berkecimpung dalam dunia seni dan terima apa saja kecaman netizen. Saya hidup dengan dunia sendiri dan tak kacau hidup orang pun," ujarnya yang tidak kisah dengan apa saja gosip mahupun kecaman peminat kerana sudah lali dengannya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, menerusi perkongsian video di laman TikTok, Engku Emran didakwa sedang menjalin hubungan bersama Fiza Halim selepas video tular memaparkannya bersama dua remaja yang didakwa anak kepada bekas anggota Elite itu.

Diruangan komen pula, ada netizen mengatakan remaja bersama Emran dalam foto tular itu adalah anak buahnya, Maja dan Aisa, bukannya anak Fiza seperti yang didakwa. Dalam pada itu, ada juga netizen yang menggelar Engku Emran sebagai 'Wedding Ring Collector' dan lelaki yang mempunyai ciri 'Red Flag' kerana sering bertukar-tukar pasangan.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: