13 May 2023
ANAK SULUNG PATAH TANGAN - RITA RUDAINI MINTA HENTI KAITKAN NAMA BEKAS SUAMI
"Pihak sekolah yang membawa Rayyan untuk mendapat rawatan di Hospital Tampin, Negeri Sembilan. Selepas tangannya yang patah itu disimen, saya menukarnya ke pusat perubatan di Kuala Lumpur.
"Selepas beberapa hari di rawat, Rayyan dibenarkan pulang ke rumah. Rayyan juga perlu menjalani fisioterapi setiap minggu di pusat perubatan itu.
"Buat masa ini, saya yang menjaga Rayyan di rumah sehingga keadaannya pulih sepenuhnya untuk kembali ke sekolah kerana dia tinggal di asrama.
Klik untuk gambar besar
Emosinya tak tentu juga. Kadang-kadang dia okey dan banyak cakap. Kadang-kadang tak nak bercakap langsung. Tertekan sebab sebelah tangan je boleh guna, susah untuk dia bergerak. Mujur saya kini tidak terbabit dengan penggambaran ketika ini dan dapat menjaganya di rumah,"
Demikian jelas pelakon Rita Rudaini, 47, mengenai kemalangan yang menimpa anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, yang turut dikongsi di laman Instagram, dimana Rayyan patah tangan ketika bermain bola sepak bersama rakan-rakannya di sekolah, minggu lalu.
Dalam pada itu, Rita turut meminta netizen berhenti dari mengaitkan nama bekas suami, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dengan kehidupannya bersama anak-anak.
Ini kerana, Rita berkata, dia kini sudah hidup tenang dan bahagia bersama dua anaknya, Rayyan, 14, dan Airit Qaqa Arjuna, 12. Selain itu, pelakon itu juga bertanya kepada netizen apa jasa bekas suami kepada anak-anaknya sebelum ini.
"Adakah mereka pernah tengok saya 'post' (hantaran) sebarang hadiah atau pemberian daripada bekas suami kepada anak-anak sebelum ini? Tiada bukan?
"Justeru, saya minta netizen tidak lagi mengaitkan bekas suami dengan apa yang saya 'post' di media sosial mengenai anak-anak kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka yang sedang membesar," ujar Rita yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.
________________________
No comments:
Post a Comment