13 May 2023

KEKASIH SHILA AMZAH, UBAI SELAMAT DIBEDAH BUANG KETUMBUHAN DI KEPALA



"Hanya pembedahan kecil sahaja membuang ketumbuhan di bahagian kepala. Saya dah mula kesan sejak tiga tahun lalu masalah ini.
Itulah kata kekasih kepada penyanyi Shila Amzah iaitu personaliti media sosial, Ubai yang selamat menjalani pembedahan kecil membuang ketumbuhan di kepalanya di sebuah klinik swasta di Kuala Lumpur pagi semalam.

"Ia semakin membesar dan doktor juga menasihatkan supaya buang agar tidak menjadi lebih besar sebab itu melakukan pembedahan.

"Syukur semuanya selesai. Sekarang tengah berehat lagi dan masih dalam keadaan lemah lagi," jelas Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: