13 May 2023

"SIBUK URUSKAN ANAK, SAYA TERLEPAS PANDANG" - MONA ALLEN AKUI SILAP MUAT NAIK VIDEO NAMPAK RAMBUT



Pelakon Mona Allen baru-baru ini telah ditegur netizen selepas memuat naik video memaparkan dia hanya menutup kepalanya dengan 'hoodie' dan menampakkan sebahagian rambutnya ketika sedang bercuti bersama keluarganya.
Isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu mengakui dia tidak sepatutnya mengambil mudah mengenai perkara itu apatah lagi dia sudah berhijab.

"Video tersebut adalah ketika saya bawa anak bercuti di Langkawi. Mungkinlah dalam keadaan sibuk menguruskan anak itu saya terlepas pandang.

Klik untuk gambar besar
"Saya pun masih cuba untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Ada juga masa ketika saya keluar dekat dengan rumah saya tidak bertudung penuh," jelasnya.

Dalam pada itu, Mona menganggap segala teguran diberikan sebagai tanda orang ramai masih menyayangi dirinya serta mengucapkan terima kasih.
"Terima kasih kerana ramai yang ambil tahu fasal saya. Saya juga manusia biasa yang pasti akan melakukan kesilapan. Saya masih lagi berhijab. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati memuat naik video di laman sosial.

"Saya juga tidak membaca komen di media sosial selepas isu ini diperkatakan. Lebih baik diam daripada menambahkan rasa sakit hati dan marah kepada orang lain," ujarnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: