23 May 2023

BELUM SETAHUN BERCERAI - BEKAS ISTERI TEGAR SELAMAT KAHWINI JEJAKA PILIHAN



Pada Ahad lalu, bekas isteri kepada penyanyi Indonesia Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka telah selamat melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Andi, yang diadakan di sebuah hotel mewah, di Jakarta.
Menerusi Harian Metro, difahamkan belum sampai setahun perceraian Sarah dengan penyanyi yang popular dengan lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' itu.

Menerusi Instagram, Sarah dilihat ada berkongsikan gambar bersama suami barunya. Rata-rata netizen mengucapkan tahniah buat pasangan tersebut serta mendoakan rumah tangga mereka berkekalan.

Klik untuk gambar besar
Untuk makluman, Sarah mendirikan rumah tangga bersama Tegar pada Mac 2020, namun berpisah pada Jun tahun lalu, kerana masalah kewangan serta kecurangan yang dilakukan oleh penyanyi itu.

Hasil pernikahan tersebut, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata bernama, Abidzar Oktaviano Putra Septian.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: