24 May 2023

"SAYA TAK MINTA BANTUAN, CUMA CUKUPLAH JIKA BERTANYA KHABAR" - SHAHRONIZAM TERKILAN DENGAN SENIMAN



"Cerita saya putus jari ramai yang tahu dan mereka (SENIMAN) juga mesti tahu. Mungkin saya tidak cukup kontroversi untuk diambil tahu. Tiada siapa bertanya khabar walaupun saya kenal presidennya. Saya sedikit kecewa sebab sudah lama dalam industri seni.
"Hanya kawan-kawan artis yang terdekat bertanya khabar. Tetapi, wakil SENIMAN tiada mesej atau menjenguk, itu membuatkan saya terkilan. Kami bukan tidak mengenali antara satu sama lain. Saya tidak minta bantuan, cuma cukuplah jika bertanya khabar.

"Sekurang-kurangnya mereka ambil peduli sebab saya sudah lama, tetapi mereka tidak bertanya apa pun," ujar pelakon Shahronizam Noor, 50, yang terkilan apabila tiada wakil daripada Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) langsung tidak bertanya khabar selepas insiden putus jari kelingking dek pisau terlepas daripada pegangan ketika memotong ayam di rumahnya pada April lalu.

Reda dengan insiden yang berlaku, suami kepada penyanyi Safura Yaacob itu lebih kecewa apabila rakan dalam Seniman juga tidak ada yang menghubunginya meskipun dia adalah ahli.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: