24 May 2023

SHILA AMZAH : "TERIMA KASIH UNTUK 5 BULAN TERBAIK" - UBAI TAMPIL ULAS, MOHON DOA YANG BAIK-BAIK



"Terima kasih untuk lima bulan terbaik ini. Awak telah menjadi teman terbaik saya. Terima kasih sudah memberikan kasih sayang kepada Seth. Saya hanya mendoakan yang terbaik untuk awak. Semoga awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala yang dihajati.
"Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ini sampai bila-bila," demikian tulis Shila Amzah yang turut memuat naik gambar mereka berdua, baru-baru ini, dimana perkongsian penyanyi itu mengejutkan ramai pihak, seolah memberi bayangan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir.

Sebelum ini, pasangan itu dikatakan bakal melangkah ke fasa seterusnya dan Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli sudah membeli sebentuk cincin. Namun, segalanya masih dalam perbincangan.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, berhubung kenyataan Shila, Ubai memohon agar mendoakan yang baik-baik buat hubungan mereka, selain berkata setiap hubungan pasti ada pasang surut, selain turut menafikan dakwaan netizen mengatakan perkongsian Shila itu adalah gimik untuk melancarkan lagu.

"Apa yang ditulis di Instagram itu, biasalah... Setiap hubungan itu ada pasang surutnya. Doalah yang baik-baik. Biasalah hubungan... Mana-mana hubungan tidak kira sama ada kekasih ke, keluarga atau sebagainya ada pasang surutnya.
"Mungkin sekarang masanya adalah surut. Lepas tu nanti mana tahu dah kembali okay? Doakan sahaja yang baik-baik.

"Nak buat lagu itu tak adalah sebab sepanjang saya dengan dia tak ada lagi dia tulis lagu. Berkenaan pertukaran status, netizen boleh berkata apa sahaja, saya anggap itu perkara biasa sebab kita tak boleh nak tutup mulut semua orang.

"Lebih molek sekiranya kita bercakap benda yang baik daripada mendoakan perkara yang tidak baik. Itulah yang saya boleh komen setakat ini," ujar Ubai.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: