18 May 2023

BERITA TOKI MENINGGAL DUNIA PALSU - ISTERI LUAH KESAL



"Di sini saya ingin menyatakan berita di atas tidak benar sama sekali. Tak tahu macam mana boleh dapat berita palsu sebegini kerana ada juga artis-artis lain dapat berita begini.
"Memang Daddy Toki ada sakit tapi bukan sakit sampai boleh membawa kepada berita sebegini. Harap kita dapat menyampaikan berita dan maklumat yang penting sahaja yang betul.

"Jadi kepada sahabat-sahabat, jangan bimbang kerana Daddy Toki berada dalam keadaan sihat walafiat. Cuma sekarang Daddy Toki sibuk dengan projek-projek akan datang dan dia sekarang berada di studio baru dengan Man Kidal sekeluarga."

Demikian kata isteri kepada penyanyi Toki, 56, iaitu Sharifah Fairuz Syed Yusof menerusi satu kumpulan WhatsApp, dimana dia tampil menafikan berita suaminya meninggal dunia, selain turut meminta peminat mendoakan kejayaan suaminya.

Jelas Sharifah Fairuz yang lebih mesra dengan gelaran Mummy, dia menerima banyak panggilan tanpa henti daripada sahabat-sahabat kelab peminat yang bertanyakan kesahihan berita ini.

Petang semalam, peminat digemparkan dengan berita penyanyi lagu popular 'Biasan' ini meninggal dunia menerusi perkongsian beberapa individu di media sosial. Bagaimanapun tinjauan terbaru mendapati perkongsian ini sudah dipadamkan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: