18 May 2023
SYASYA DOLLA: "NENEK SAYA (ROZIE OTHMAN) KATA ITU ADA YANG BETUL... DIA FAHAM SITUASI SENI"
"Bagi saya apa yang nenek saya kata itu ada yang betul tapi generasi sekarang ada gaya tersendiri. Zaman dahulu dengan sekarang banyak beza, Insya Allah apa yang ditegur saya akan perbaiki. Syasya terima teguran nenek. Tapi saya pun nak bawa imej dan jadi diri saya sendiri, tak mahu berpura-pura menjadi orang.
"Dia hubungi saya berpesan agar menjaga diri tapi apa dikatakan memang betul malah nasihatnya saya selalu dengar. Saya tahu niatnya baik menegur apatah lagi saya cucunya. Memang sifatnya suka mengambil berat. Kami okay sahaja malah sebenarnya hubungan kami memang akrab.
"Raya tempoh hari pun kami ada bertemu... dia seorang nenek yang cool. Dia dulu pelakon jadi dia faham situasi seni ini macam mana," ujar aggota kumpulan Dolla iaitu Syasya, 22, yang berlapang dada dengan teguran neneknya yang jugapelakon veteran Rozie Othman berhubung penampilannya yang dikatakan menjolok mata.
Klik untuk gambar besar
Kata Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, meskipun selesa menjadi diri sendiri dalam soal pemakaian namun berjanji akan memperbaiki diri ke arah lebih baik pada masa hadapan.
Sementara itu, Syasya yang turut mengulas mengenai penampilannya dikatakan agak seksi, berkata, dia tidak pernah berasa terbeban apabila sering diasak mengenainya, malah selesa jadi diri sendiri.
Jelasnya lagi, setiap orang berhak menyuarakan pendapat masing-masing berhubung perkara itu malah tiada kuasa menghentikannya.
"Sebenarnya saya tak rimas, sebab itu imej saya jadi saya ada hak untuk berkata juga. Saya okay. Setiap orang ada pendapat masing-masing tentang cara berpakaian, kalau ada yang rasa saya terlampau seksi, Insya Allah saya akan kurang-kurangkan. Saya akan sentiasa berhati-hati dalam pilihan saya dan fikir terlebih dahulu," katanya.
________________________
j
No comments:
Post a Comment