18 May 2023

"LEPAS KETUMBUHAN DEKAT BELAKANG OTAK, SEKARANG DEKAT MATA PULA" - SHILA AMZAH MOHON DOAKAN KESEMBUHAN UBAI



"Doakan sayang saya ini segera sembuh. Nasib baik tak hilang ingatan selepas pembedahan hari itu. Dalam mata senget sebelah pun masih ada orang nak ambil gambar dengan dia.
"Mata dia itu ada cyst tahu tak... lepas ketumbuhan dekat belakang otak, sekarang dekat mata pula," ujar penyanyi Shila Amzah meluahkan rasa syukur apabila buah hatinya iaitu personaliti media sosial Ubai selamat menjalani pembedahan kecil bagi membuang ketumbuhan pada bahagian kepalanya pada 12 Mei lalu.

Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, 33, berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memaparkan Ubai sedang bergambar bersama peminat.

Klik untuk gambar besar
Menerusi perkongsian sama, Shila melahirkan rasa terharu terhadap Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, yang sanggup melayan peminat walaupun kesihatannya tidak mengizinkan.

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa bimbang apabila terdapat satu lagi ketumbuhan dikesan di bahagian mata Ubai sehingga matanya kelihatan senget sebelah

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: