18 May 2023

INSIDEN JARI PUTUS - SAFURA TAK TAHU, SHAHRONIZAM MINTA BANTUAN JIRAN



"Saya terpaksa tenangkan diri. Sempat balut tangan dan lihat sendiri jari sudah terputus. Kalau dalam keadaan cemas mungkin aliran darah akan lebih laju. Kalau saya panik mungkin boleh pengsan. Ketika itu saya baru pulang dari lokasi penggambaran dan keseorangan di rumah. Jadi selepas kejadian, saya minta bantuan jiran untuk hantar ke hospital.
"Rasanya selepas setengah jam di hospital baru saya beritahu keluarga. Mula tidak maklumkan jari putus, namun terpaksa jelaskan sebab anak nampak keadaan jari saya pendek. Isteri pula dalam perjalanan pulang dan tidak mahu buat dia bimbang. Ketika itu saya sudah berada di hospital dan akan menerima rawatan jadi pasti keadaan saya sudah selamat.

"Kalau boleh tak mahu buat orang lain rasa panik disebabkan kejadian itu kerana mereka dalam perjalanan dan mungkin perkara lain boleh berlaku jika terlalu risau," kongsi pelakon Shahronizam Noor, 51, yang menceritakan kembali detik terputus jari kelingking ketika memotong ayam pada 10 April lalu.

Klik untuk gambar besar

Berhubung kejadian tersebut, Shahronizam berkata, dia juga tidak segera memaklumkan kepada isterinya iaitu penyanyi dan pelakon, Safura memandangkan dia sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Singapura. Tambahnya lagi, ketika dia memberitahu kejadian itu kepada ahli keluarga, dia juga tidak mendedahkan jari kelingkingnya sudah putus.

Bercerita tentang keadaannya kini, pelakon ini berkata, dia masih terasa kekok selepas kehilangan separuh bahagian jari kelingking itu. Malah, dia juga terpaksa menolak dua tawaran kerja disebabkan kejadian yang berlaku.
"Sekarang ini pergerakan agak terbatas sedikit. Tangan pun masih belum kuat dan gengaman juga tidak kuat. Selepas kejadian itu, saya terpaksa tolak dua tawaran kerja dan mengambil tempoh rehat agak lama. Syukur ada wang insurans yang dapat membantu untuk tampung perbelanjaan," tuturnya.

Dalam kejadian sebelum ini, jari Shahronizam terputus apabila pisau yang digunakan untuk memotong ayam itu tersasar. Prosedur untuk menyambungkan semula bahagian terputus tidak dapat dilakukan kerana doktor pakar yang bertugas pada malam tersebut

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: