18 May 2023

MAHU JAGA PERILAKU - BUNGA ISME DEDAH SUDAH BERTUNANG, RANCANG KAHWIN 3 TAHUN LAGI



"Kita kena kongsi perkara yang baik supaya ramai tahu saya sudah menjadi tunangan orang, sedang menjalinkan hubungan yang serius. Pendedahan ini juga menjadi peringatan buat diri sendiri agar jaga perilaku sebagai tunang orang."
Demikian jelas penyanyi Bunga Isme, 23, yang menyifatkan tindakannya mendedahkan kepada umum pertunangannya dengan kekasih yang juga penyanyi Amzar Sabri selepas empat tahun bercinta, sebagai cara menghormati pasangannya itu.

Justeru, Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini Mohd. Bakhari berkata, tiada keperluan untuk merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan umum.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Bunga menjelaskan dia dan pasangannya itu belum memutuskan sebarang tarikh perkahwinan.

Ini kerana katanya, dia memerlukan masa untuk membina kerjaya dan menetapkan hala tuju kehidupan sebelum mengakhiri zaman bujang.
"Saya juga masih lagi belajar. Selepas tamat pengajian, mahu kerja dahulu. Mungkin selepas tiga tahun (akan berkahwin), Insya-Allah.

"Itu adalah masa yang sangat sesuai memandang saya pada ketika itu sudah berusia 26 tahun," katanya lagi.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: