18 May 2023

KONTROVERSI TAK JEJAS AKTIVITI SENI - HATTAN BERSYUKUR TAK PUTUS-PUTUS TERIMA TAWARAN 'SHOW'



"Alhamdulillah, saya tak menang tangan ditawarkan menyanyi di sana sini. Ada satu syarikat ambil saya menyanyi untuk lima 'show' anjuran mereka di seluruh negara.
"Sudah semestinya saya menyanyi dengan iringan pemuzik pengiring," ujar penyanyi Datuk Hattan yang menjelaskan isu kontroversi dengan pembaca berita wanita sebuah stesen televisyen sebelum ini tidak menjejaskan aktiviti seninya.

Ini kerana kata Hattan, semuanya berjalan seperti biasa. Bahkan, tawaran 'show' (persembahan) tidak putus-putus diterima.

Dalam perkembangan berkaitan, Hattan menafikan dakwaan Konsert 'Sifu & Aku 38' yang menggabungkannya dengan Datuk M. Nasir dibatalkan kerana penjualan tiket tidak laku. Malah, ia juga tidak berkaitan secara langsung dengan kontroversi membabitkannya sebelum ini.

Tambahnya lagi, konsert yang sepatutnya berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 25 Mei ini dan seterusnya Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah pada 1 Jun depan terpaksa ditunda atas beberapa faktor, antaranya kematian kakitangan Luncai Emas milik M. Nasir.

"Yang kendalikan urusan di sana ialah Allahyarham Sham Amir Hussain. Arwah bawa masuk banyak penaja untuk konsert ini. Jadi, buat masa ini konsert terpaksa ditunda untuk sementara waktu. Saya diberitahu tiket berharga RM1,000 dan RM188 untuk konsert di Sabah habis dijual.

"Persediaan untuk show pun dah dibuat tanpa masalah. Kami semua dah dibayar sekitar 60 peratus. Ia mungkin akan berlangsung sekitar Ogos nanti. Kami akan buat sidang media khas untuk perkembangan lanjut nanti," tuturnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: