19 May 2023

"DOA-DOAKANLAH... INSYA-ALLAH, SATU HARI SAYA AKAN PAKAI TUDUNG" - ATILIA



"Mama pun ada cakap, kenapa bertudung jadi isu. Ramai telefon dia tanya pasal bertudung, dia pun malas nak jelaskan. Biar jelah, memang dah sampai waktunya dia nak bertudung. Tapi pasal saya ni, dia cakap biarlah bila dah bersedia, sama macam dia juga.
"Bila dia dah sedia nak pakai tudung, Alhamdulilah dia dah pakai walaupun tiada orang paksa. Dia pun nak sama macam anak dia, tiada siapa paksa dia, nanti saya sendiri nak bersedia pakai tudung. Doa-doakanlah. Insya-Allah, satu hari saya akan pakai tudung.

"Buat masa sekarang saya selesa macam ini, dengan kerja-kerja yang saya lakukan," kata penyanyi Atilia Haron, 49, menerusi video dikongsikan Kiffy Razak di TikTok dimana dia selesa dengan penampilannya sekarang, namun memohon peminatnya mendoakan agar dia akan bertudung suatu hari nanti.

Umum mengetahui, ibu kepada Atilia iaitu penyanyi Salamiah Hassan sudah pun tampil berhijab. Susulan itu, ada yang mempersoalkan bila pula anak perempuannya itu mengikut jejak ibunya.

Klik untuk gambar besar  

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: