19 May 2023

ISU BERPANTANG - EMMA MAEMBONG TAMPIL BERSUARA



"Saya tak faham kenapa isu saya berpantang ini 'beriya' sangat (diperkatakan). Sesiapa yang nasihat saya secara baik, saya fikir mungkin mereka sayang dan ambil berat. Tapi ada yang beriya-iya komen sampai macam marah... seolah-olah mereka duduk sebelah saya dan tahu saya berpantang atau pun tidak.
"Alhamdulillah saya sihat, tiada pun sampai yang kata saya menangis, tumpah darah... itu semua palsu. Saya berpantang, jangan risau. Saya berpantang dengan confiment lady. Saya dah buat semua benda seperti bertungku, tangas, urut, sauna dan pakai bengkung."

Itulah kata pelakon Emma Maembong yang meluahkan rasa kecewa apabila netizen menuduhnya tidak berpantang dengan cara betul selepas melahirkan anak keduanya iaitu Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.

Klik untuk gambar besar
Ujar Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 31, dia pada awalnya malas melayani komen tersebut, namun tuduhan dilemparkan tidak berasas sehingga merasakan dia perlu tampil memberi penjelasan.

"Alhamdulillah daripada anak pertama sampai anak kedua, saya bersalin secara normal tapi tiada yang koyak dan tak kena jahit. Jadi, saya geraklah sikit-sikit. Sebenarnya ikut atas badan masing-masing. Saya dah biasa kerja. Masa saya mengandung pun saya kerja dan aktif.
"Bila aktif saya cepat sihat dan cepat sembuh sebab pemakanan pun kena jaga. Cuma saya taklah sertai marathon. Takkanlah sebab orang lain tak boleh nak bangun atau bergerak, dia nak samakan dengan saya. Tak payah beriya-iya samakan cara orang berpantang," jelas isteri kepada Muhammad Shazli ini.

Sebelum ini, aksi Emma yang bersahaja mengendong anak sulungnya iaitu Shariq Gabriel, 2 tahun semasa majlis aqiqah putra keduanya yang dilahirkan pada 10 Mei lalu itu menjadi perhatian ramai.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: