19 May 2023

DULU MENANGIS, SEKARANG DAH LALI - WATIE INGAT PESANAN SHUIB



"Saya pernah menangis sekali ketika mula berkawan. Tetapi, Shuib cakap jangan layan. Saya bertuah mempunyai sistem sokongan kuat dari Shuib kerana selalu ingatkan saya tiada apa-apa.
"Jadi, sekarang walaupun masih baca komen, tetapi saya sudah tidak terbawa-bawa seperti dahulu, anggap seperti angin lalu.

"Kalau saya tengah tengok komen, anak-anak akan ingatkan pesanan 'daddy' supaya tidak baca komen netizen," demikian kata Watie Hanifiah, 35, ketika tampil sedondon bersama tunangnya, Shuib dalam program MeleTOP kendalian Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana, baru-baru ini.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, berkongsi mengenai majlis perkahwinan yang bakal berlangsung pada 23 Jun depan, Watie berkata, mereka masih memikirkan tema majlis.

Jelasnya lagi, dewan dibahagi kepada dua bahagian iaitu satu tema dalam taman, manakala satu tema lagi masih dalam pencarian untuk disesuaikan dengan 500 tetamu undangan.

Majlis pernikahan Shuib dan Watie bakal disiarkan secara langsung menerusi program Walimatul Urus dan turut disiarkan di platform TikTok.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: