20 May 2023

NAFI SUDAH BERSARA - JIHAN MUSE PERLAHAN KARIER DEMI ANAK-ANAK



"Baru-baru ini ada client jumpa saya tidak mahu memperbaharui kontrak bagi satu produk ini. Apabila saya tanya kenapa, dia memberitahu ada pihak mengatakan saya sudah bersara. Saya belum bersara! Cuma kebanyakan tawaran yang saya ambil tidak memerlukan komitmen yang panjang. Seperti lakonan memang saya tolak buat masa ini demi anak-anak.
"Sebenarnya adalah beberapa artis senior yang saya rapat beritahu mereka banyak rugi masa terlepas momen untuk melihat anak-anak membesar. Jadi saya ambil perkara itu sebagai pengajaran untuk diri sendiri. Saya fikir kalau asyik sibuk bekerja, mungkin saya pun akan jadi macam tu. Tiba-tiba anak dah besar."

Itulah kata pengacara, pelakon dan pengacara Jihan Muse yang tampil menafikan dia sudah bersara seperti mana yang disangka segelintir pihak dek jarang dilihat memperlahankan karier seninya, sejak hamil anak kedua.

Klik untuk gambar besar
Sebaliknya Jihan atau nama sebenarnya. Nur Jihan Musa, 40, menegaskan, dia masih aktif sebagai anak seni kerana ingin memberi perhatian lebih, selain mahu menjaga sendiri dua anak lelakinya yang masih kecil kerana tidak mahu melepaskan saat-saat melihat mereka membesar di hadapan matanya.

Malah kata Jihan lagi, suaminya iaitu pelakon Ungku Hariz, 38, turut mencabar dirinya sama ada boleh bekerja tetapi dalam masa yang sama bijak menguruskan hal rumah tangga.
"Pendorong utama saya sebenarnya adalah suami kerana dia macam mencabar saya juga. Dia beri saya bekerja tapi dia akan tanya boleh ke saya uruskan tanggungjawab sebagai seorang ibu.

"Saya mahu cabar diri saya sendiri. Saya boleh kerja depan beribu orang, tak ada masalah untuk saya. Tapi dekat rumah, saya tak berapa hebat. Saya rasa saya hebat dengan kerjaya saya, tetapi sebagai ibu saya belum hebat," jelasnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: