20 May 2023

BERITA 'MENINGGAL DUNIA' MUNCUL KALI KEDUA - AARON AZIZ MINTA FIKIR PERASAAN ANAK-ANAKNYA DI LUAR NEGARA



"Kali kedua saya di 'meninggalkan' oleh blog-blog sedih seperti ini. Kali ketiga saya di fitnah tahun ni," ujar pelakon Datuk Aaron Aziz, 47, yang meluahkan rasa terkilan apabila membaca berita yang melaporkan dia sudah meninggal dunia pada Sabtu.
Berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran dimuat naik di laman Instagram, Aaron atau nama Aaron Mustapha Aziz berkata, ini bukan kali pertama berita mengenai dia sudah meninggal dunia tersebar.

Menerusi hantaran berkenaan, Aaron turut memuat naik keratan foto dari portal yang menyebarkan berita kematiannya dengan tajuk 'Innalilahi, khabar pilu dari pelakon popular Aaron Aziz hari ini telah meninggal dunia'.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Aaron beranggapan perbuatan tersebut sebagai tidak kelakar walaupun sekadar mempromosikan iklannya memandangkan dia memiliki dua orang anak yang tinggal di luar negara. Ini kerana ia boleh mendatangkan kebimbangan kepada mereka sekiranya membaca laporan tersebut.

"Apa masalah orang-orang ini eh? Atau awak rasa ini kelakar? Anak saya dua orang di luar negara dan negeri. Tolong la fikir cara lain nak promosian iklan anda," kongsinya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: