25 May 2023

"BUAT APA ADA ANAK ANGKAT TAPI SURUH ORANG LAIN JAGA" - RAMLAH RAM AKUI TAK PERNAH RASA SUNYI



"Kalau nak rasa sunyi, daripada dulu saya dah sunyi sebab kehidupan saya bukanlah baru setahun dua macam ini. Maksudnya ia dah berlaku lebih 10 tahun. Untuk rasa sunyi itu tak kut," ujar penyanyi Ramlah Ram, 58, yang mendedahkan tidak pernah merasa sunyi menjalani kehidupan bersendirian tanpa suami dan anak pada usia sekarang.
Jelas penyanyi kelahiran Muar, Johor, itu, istilah terbabit tidak wujud dalam kamus hidupnya kerana dia bukanlah baru berdepan situasi sebegini.

"Memang dulu-dulu orang pernah cakap suruh ambil anak angkat tapi kalau ambil anak angkat, saya takut tiada masa. Sebab kita seorang dan selalu sibuk menyanyi dan ada aktiviti lain.

"Takut nanti dia terabai. Buat apa ada anak angkat tapi suruh orang lain jaga. Kalau boleh biarlah kita jaga sendiri dan bagi didikan sendiri. Lagipun pada usia sekarang untuk ambil anak angkat kiranya dah terlambat," kata penyanyi lagu 'Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu' itu.

Klik untuk gambar besar
Tambahnya lagi, dia lebih senang mencurahkan kasih sayang kepada anak saudaranya yang ramai. Dalam pada itu, Ramlah berkata, dia kini memelihara kucing yang tinggal sahaja dengan baik.

"Pengganti kepada anak ialah anak-anak buah. Kalau kesunyian di rumah, apabila balik disambut dengan anak kucing. Kasih sayang itu boleh dicurah ke mana-mana sahaja.

"Orang suka pokok, curahkan kasih sayang kepada pokok. Dulu saya ada dekat 30 ekor kucing. Sekarang tinggal tiga sahaja kerana ada yang mati sebab dah tua.
"Saya tak nak ambil yang baru sebab 'kesakitan' bila kucing pergi saya tak boleh nak tanggung. Saya selalu minta kepada Allah janganlah saya pergi dulu kerana kalau kita pergi siapa nak jaga kucing kita.

"Saya tak tambah yang baru kerana kalau saya pergi (meninggal dunia) tinggalkan mereka tanpa perhatian. Ada seekor kucing saya baru pergi dalam usia 18 tahun. Maknanya dalam usia itu dah tua. Kalau ikut umur manusia, ia dah lebih 70 tahun.

"Memang saya sangat sedih kerana saya sukakan kucing sejak zaman sekolah lagi," ujar Ramlah yang pernah berkahwin dengan Kamal Roslim pada 3 November 2000, namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 20 Mei 2010 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: