25 May 2023

"SAYA AKAN TERUS BERUSAHA SELAMATKAN KELUARGA SAYA" - FARID KAMIL AKUR PERLU HANTAR SURAT SEBELUM JUMPA ANAK



"Alhamdulillah, proses sulh berjalan lancar, tetapi masih belum mendapat kata putus. Alhamdulillah, saya akan terus berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya, anak-anak dan isteri. Saya sentiasa berdoa supaya satu hari nanti, anak-anak dan isteri saya dapat hidup seperti biasa.
"Saya dapat melihat dia dari ekor mata sahaja. Tiada komunikasi secara berdepan, tapi, mungkin di dalam hati, siapa yang tahu," kata pelakon Farid Kamil ketika ditemui media pada prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

"Harapan saya masih seperti dahulu. Rasa sayang saya masih bertambah-tambah. Saya berserah kepada Allah melalui doa-doa, harapan dan hajat saya. Saya serahkan 100 peratus kepada Allah.

"Teruskan berdoa untuk kesejahteraan saya dan keluarga saya," tambah Farid lagi yang sebelum ini meluahkan hasrat dan kelihatan teruja untuk bersua muka dengan isterinya, pelakon Diana Danielle di mahkamah pagi ini.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Farid turut memaklumkan mengenai pembaharuan dalam proses untuk dia bertemu dengan kedua-dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora, dimana dia kini perlu menghantar surat kepada pihak peguam isterinya lima hari sebelum berjumpa dengan anak-anaknya itu.

"Dia ada pembaharuan dalam proses untuk berjumpa anak-anak. Saya diminta untuk menghantar surat, lima hari sebelum berjumpa anak-anak. Itu adalah perintah mahkamah, jadi, saya harus akur dan saya selesa dengan perkara itu," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Peguam syarie yang mewakili Diana, Puteri Ummi Kartini Abd Latiff berkata, anak guamnya kekal dengan pendirian untuk mendapatkan hak jagaan anak-anaknya.
"Kami tetap dengan pendirian untuk mendapatkan hak jagaan dan defendan hak jagaan. Kami tidak pernah nafikan dan anak guam sentiasa fleksibel untuk defendan berjumpa anak-anaknya.

"Selepas ini sebutan dalam mahkamah di hadapan hakim. Betul, (akan lebih panjang) sebab hadapan penuh ini memerlukan perbicaraan. Jadi, kalau proses sulh yang berlangsung hari ini boleh mencapai kata sepakat, ia sudah boleh direkodkan dan diselesaikan," katanya.

Sementara itu, Diana enggan memberikan sebarang komen saat keluar dari mahkamah menuju ke kenderaannya. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula pada 1 Ogos depan.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: