26 May 2023

PERINTAH INJUKSI DIBUAT SYAMSUL DITOLAK MAHKMAH - PUTERI SARAH ENGGAN BUANG MASA, MAHU TERBANG TINGGI



Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pagi semalam telah menolak permohonan pengarah sensasi, Syamsul Yusof untuk melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah Liyana, bagi menghalang isteri pertamanya itu daripada mengeluarkan kenyataan berhubung pergolakan rumah tangga mereka di media sosial.
Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan agar kes itu didengar secara inter-parte (kedua-dua pihak), namun Syamsul tidak hadir pada sebutan pertama kes itu semalam.

Abdul halim turut membenarkan Puteri Sarah selaku defendan kes itu untuk memfailkan jawapan terhadap injunksi ex-parte dan kes akan disambung semula pada 8 Jun depan.

Klik untuk gambar besar
Difahamkan, Syamsul juga perlu membuat permohonan bary sekiranya ingin melanjutkan perintah injunksi terhadap Puteri Sarah yang bakal berakhir pada 27 Mei ini.

Injuksi berkenaan difailkan oleh Syamsul pada 24 April lalu sebelum mahkamah meluluskan permohonan sehari kemudian.

Sementara itu, Puteri Sarah menjelaskan, dia tidak mahu lagi bercakap mengenai suaminya itu serta hal berkenaan rumah tangganya, selain tidak mahu membuang masa lagi dan mahu 'move on' sahaja selepas ini.
"Saya dah tak mahu bercakap fasal dia, saya nak move on. Hari terakhir puasa adalah video terakhir saya mengenai dia. Saya sudah cakap semua di dalam video berkenaan.

"Saya doakan yang terbaik. Itu saja yang harapkan setiap kali. Sebenarnya saya sudah tak nak komen pasal itu lagi. Saya tak nak buang masa dah.

"Saya nak terbang tinggi. Saya memang nak bagi diri sibuk. Itu yang saya nak fokus sekarang. Saya sudah terlalu lama buang masa. Saya nak 'move on'," katanya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: