26 May 2023

"95 PERATUS ORANG TIDAK MEMAHAMI..." - SHILA AMZAH NAFI DIA & UBAI PUTUS



"Kesimpulannya kami okey cuma saya sahaja yang tidak berada dalam keadaan baik. Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai). Kesian dekat dia tapi saya tak maksudkan macam tu pun.
"Cuma saya ingin jelaskan bahawa keadaan saya tidak baik bukan disebabkan Ubai. Ada masa memang saya tidak okey dan ingin menjadi diri sendiri 100 peratus."

Itulah jelas Shila Amzah yang tampil menjelaskan menerusi siaran langsung di Instagram, selepas perkongsian penyanyi ini mengejutkan ramai pihak apabila kenyataan itu seolah memberi bayangan hubungan cintanya dengan pempengaruh media sosial, Ubai sudah berakhir.

Klik untuk gambar besar
Shila turut menjelaskan perkongsiannya itu adalah untuk meluahkan rasa kasih serta penghargaan buat kekasihnya itu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

Malah, Shila turut meluahkan rasa pelik apabila ada pihak yang menganggap perkongsian itu seolah memberi bayangan hubungan mereka sudah berakhir.
"Bagi saya orang sekarang ramai yang tidak sensitif dan semua orang ada jatuh bangun. Perkongsian saya semalam lebih kepada menghargai Ubai tetapi 95 peratus orang tidak memahami mengenai status tersebut.

"Ramai menjangka hubungan kami putus dan memutar belit apa yang saya ingin sampaikan. Kalau kami putus, kenapa saya memuat naik gambar bersama dia (Ubai)?

"Saya bukan mahu mengundang negatif cuma perkara ini bergantung kepada cara pemikiran seseorang. Kalau otak negatif maka perkara positif pun akan dilihat ke arah keburukan," katanya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: