26 May 2023

NORLIA GHANI, AZREL ISMAIL DITUNTUT AWESOME TV BUAT PERMOHONAN MAAF



Kerana sudah memburukkan imej Awesome TV secara tidak adil, pelakon veteran Norlia Ghani dan pelakon Azrel Ismail telah dinasihatkan stesen terbabit untuk membuat permohonan maaf.
Memetik laporan Harian Metro, pihak Awesome TV dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini, memaklumkan tindakan Norlia dan Azrel menggunakan media massa dan media sosial mempersoalkan mengenai bayaran secara tidak langsung mengheret pihak stesen dalam kemelut itu dan mencalarkan imej serta reputasi stesen terbabit.

Isu pembayaran kepada Norlia dan Azrel seperti dilaporkan itu telah dipandang serius oleh pihak Awesome TV dimana stesen terbabit difahamkan tidak ada kena mengena dengan isu pembayaran tertunggak berkenaan.

Pembayaran kepada pelakon-pelakon terbabit adalah tanggungjawab syarikat produksi yang dilantik oleh pihak kami untuk menerbitkan drama berkenaan.

Artis juga disarankan untuk menyemak kontrak sebelum membuat apa-apa tuduhan. Manakala, golongan netizen pula janganlah membuat spekulasi dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja.

Terdahulu, media melaporkan Norlia Ghani telah meluahkan perasaan kecewa kerana pihak stesen TV terbabit belum melunaskan bayaran lakonannya dengan membuat perkongsian menerusi laman Instagram miliknya.

Selain Norlia, Azrel Ismail turut meluahkan perasaan kecewa kerana masih belum menerima bayaran tertunggak lakonannya dalam drama bersiri 'Jodoh Duda I'.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: