27 May 2023

MESRA USIK MENGUSIK DENGAN PUTERI SARAH - SYAMSUL YUSOF BERJAYA DAPAT INJUKSI KEDUA



Pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana dilihat semakin mesra apabila saling mengusik antara satu sama lain, walaupun kes rumah tangga mereka belum menemukan jalan noktah.
Malah, sebelum prosiding bermula kira-kira pukul 3 petang Khamis, Syamsul dan isteri pertamanya itu dilihat semakin akrab dan selesa berbual antara satu sama lain semasa menunggu ketibaan Hakim Syarie Akmaluddin Illyas.

Berhubung prosiding laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini, kelmarin, kedua-dua pasangan itu bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklum balas kepada pihak media.

Klik untuk gambar besar
"Saya tak nak komen apa-apa. Semuanya pihak peguam akan keluarkan kenyataan. Itu Puteri Sarah, kejar dia. Kejar dia, kejar dia (Syamsul) (dengan nada gembira)," seloroh Syamsul.

Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin yang tersenyum selepas diusik dan disakat suaminya ketika menunggu lif di mahkamah selepas prosiding selesai, memaklumkan, dia tidak dapat memberikan sebarang komen kerana perlu bergegas ke lapangan terbang bagi menuju ke Jakarta.

Memetik Utusan Online, Peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu, Azmi Mohd. Rais berkata, isu lafaz cerai dua kali seperti didakwa Puteri Sarah perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum keputusan JKP dapat dikemukakan kepada pihak mahkamah.
Disebabkan itu, katanya, keputusan JKP terpaksa digantung dahulu disebabkan beberapa perkara yang menghalang prosedur mahkamah diteruskan.

Sementara itu, menerusi laporan Sinar Harian, Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Jumaat, membenarkan permohonan Syamsul untuk mendapatkan perintah injuksi lanjutan terhadap Puteri Sarah, sehingga 8 Jun depan.
Ia merupakan perintah menghalang Puteri Sarah daripada memuat naik, mengeluarkan, menulis, menerbit, menyebarkan, menghebahkan atau menyalurkan sebarang keterangan berhubung kes cerai dan nusyuz pasangan itu dalam apa jua bentuk atau medium.

Ini merupakan injuksi lanjutan kedua dimohon oleh Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof yang dibuat secara ex-parte atau sebelah pihak.

Berdasarkan perintah baharu injuksi itu, ia berkuat kuasa selama dua minggu bermula Jumaat. Pada tarikh itu, mahkamah akan mendengar permohonan injuksi secara inter-parte iaitu kedua-dua pihak (Syamsul dan Puteri Sarah)

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: