27 May 2023

SEDIA MOHON MAAF JIKA ADA TERGURIS - NORLIA GHANI JELAS DIA HANYA TUNTUT HAK SEBAGAI PELAKON



Pelakon veteran Norlia Ghani, 75, tampil menjelaskan, dia hanya menuntut hak sebagai pelakon, selepas diminta mengulas mengenai tindakan pengurusan Awesome TV dimana stesen terbabit menuntut permohonan maaf darinya berhubung bayaran tertunggak membabitkan siri sitkom lakonannya.



"Saya hanya tuntut hak sebagai pelakon kerana masih belum dapat bayaran sebanyak RM14,000 yang sepatutnya dilunaskan dua bulan lalu. Saya bekerja bukan untuk seronok atau buat kerja 'free' (percuma) kerana dah tak perlu nak glamor pun.

Tambah Norlia, dia akhirnya dihubungi pihak produksi sitkom terbabit yang memaklumkan bayaran tertunggak itu akan dibuat selewat-lewatnya pada awal Jun ini, berikutan tersebarkan berita tersebut.

Dalam pada itu, Norlia yang sudah lebih lima dekad berkecimpung dalam bidang seni itu berharap, perkara ini akan menjadi iktibar semua pihak.

"Selepas cerita ini tersiar, saya sudah dimaklumkan oleh pihak produksi berkaitan yang berjanji akan membuat pembayaran pada awal Jun ini," kata Norlia kepada Hafian Metro, dimana pelakon veteran itu yang turut memberitahu, dia juga sedia memohon maaf jika benar ada menguris hati mana-mana pihak.

"Artis ni nampak sahaja hidup glamor tetapi kami sebenarnya sama sahaja seperti orang biasa yang bekerja untuk bayar bil, rumah dan sebagainya. Alhamdulillah, pada usia sekarang, saya bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus berlakon kerana ia sudah menjadi minat dan darah daging sejak dulu," tuturnya.

Sebelum ini, media melaporkan, pihak pengurusan Awesome TV menasihatkan Norlia dan pelakon Azrel Ismail untuk memohon maaf kerana sudah memburukkan imej stesen terbabit secara tidak adil

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: