27 May 2023
9 TAHUN MASIH LAGI BANKRAP DENGAN JUMLAH YANG SAMA - FIZO OMAR BERSYUKUR REZEKI TIDAK PUTUS
"Saya masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama. Dah masuk tahun ke-9 saya diisytiharkan bankrap. Tapi saya sentiasa percaya, apa sahaja semangat yang saya ada sekarang adalah hasil daripada dugaan tersebut.
"Sebagai manusia biasa, bila kita 'tersepit', kita akan cari jalan bagaimana untuk berjaya," kata pelakon dan usahawan, Fizo Omar yang berkongsikan isunya diisytiharkan muflis masih belum selesai meskipun sudah 9 tahun berlalu.
Memetik Xtra, Fizo memberitahu, sehingga hari ini dia masih lagi bankrap dengan jumlah yang sama iaitu sebanyak RM8 juta.
Jelas Fizo, meskipun berdepan masalah tersebut, dia meluahkan rasa syukur kehidupannya kini bertambah baik, malah rezeki juga tidak putus diberikan kepadanya.
Klik untuk gambar besar
"Pada saya, status bankrap masih lagi ada, bernilai jutaan ringgit tapi Alhamdulillah, Tuhan datangkan rezeki yang berlainan kepada saya hingga hari ini.
"Kehidupan saya juga bertambah baik, bahagia bersama keluarga dari segi rezeki keluarga, kerjaya, perniagaan, syukur rezeki tidak putus.
"Perkara tersebut buatkan saya keluar daripada zon selesa saya dan berusaha membina perniagaan saya sehingga saya rasa kehidupan kini lebih baik," ujarnya.
Untuk makluman, Fizo diisytihar bankrap sejak tahun 2014 akibat ditipu ketika menjadi pengarah di sebuah syarikat.
________________________
No comments:
Post a Comment