11 May 2023

DAKWAAN SENGAJA GUGURKAN KANDUNGAN - POLIS SAHKAN SHUHADA TIDAK BERSALAH



"Alhamdulilah. Siasatan dah selesai. Tak ada kes. Ada beberapa laporan polis dibuat terhadap saya untuk isu keguguran ni. Biasanya orang buat laporan tujuannya hendak polis ambil tindakan dan tangkap. Bila tak ada kes, maknanya tuduhan Hafidz kata saya tak jaga baik-baik (kandungan) dan konon-konon sengaja adalah tak betul dan tak tepat.

"Bukan takat satu laporan, lebih. Entah apa niatnya? Saya ni dah sampai tahap reda saja," demikian jelas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri yang meluahkan rasa syukur di laman Instagram miliknya selepas dia didapati tidak bersalah atas dakwaan suaminya bahawa dia sengaja menggugurkan kandungan anak ketiga mereka, baru-baru ini.




















"Tak apa. Ada laporan doktor yang saya keguguran akibat tekanan. Saya ada bukti laporan perubatan keadaan saya dan macam situasi yang dia letakkan sebabkan saya alami tekanan.

"Biar bukti yang sokong saya dan bukan skrip yang dia reka," katanya yang turut mendakwa Hafidz tidak faham dengan situasi dialaminya, selain turut berasa kesal dengan sikap suaminya itu yang tidak pernah bertanya khabar mengenai kandungannya sebelum mengalami keguguran, malah sudah beberapa bulan tidak membayar nafkah anak-anak.

Klik untuk gambar besar



















Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan menerima dua laporan daripada Hafidz berhubung dakwaan keguguran kandungan Shuhada pada April lalu.

Hafidz membuat laporan pada 17 April dan 6 Mei lalu dan mendakwa menerima mesej WhatsApp daripada isterinya itu yang meminta izin untuk menggugurkan kandungannya.
















         
















________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: