11 May 2023

KAMAL ADLI MAHU PERJELASAN SI PEMUKUL SEBAB KENAPA PUKUL DIRINYA



"Saya memang mesra dengan semua orang selama ini. Jadi semestinya saya terkejut apabila dipukul dengan cara ini. Saya ada tanya kenapa saya dipukul. Namun dia hanya senyap tanpa apa-apa jawapan. Disebabkan itu saya tidak berpuas hati dan polis tidak menjelaskan secara terperinci, cuma menjelaskan ia adalah isu peribadi saja. Saya hanya menunggu perbicaraan nanti dan berharap dapat sesuatu yang ditunggu-tunggu. Saya mahu secara terperinci sebab apa dia pukul.

"Adakah memang dia sendiri yang mahu atau ada orang hantar. Saya mahu tahu semua itu," ujar pelakon Kamal Adli, 37, yang kini pulih dari kecederaan selepas berdepan situasi mencemaskan dipukul dengan cota besi oleh individu tidak dikenali sehingga cedera parah ketika sesi bertemu peminat di Expo Singapura pada 12 Mac lalu, sehingga mengakibatkan suami kepada pelakon Uqasha Senrose ini cedera di kepala, muka dan bawah mata.




















"Saya tidak pernah rasa trauma sebelum ini, tapi bila kena baru tahu rasanya bagaimana. Saya jadi takut untuk keluar rumah dan tidak membuat apa-apa hantaran di media sosial. Rasanya sangat tidak seronok disebabkan saya lebih banyak duduk di rumah. Saya mudah takut apabila berhadapan dengan orang ramai.

"Pergi bazar Ramadan lalu pun saya cepat-cepat beli makanan dan segera pulang ke rumah. Bagaimanapun, saya perlu tangani perkara ini sebab masih perlu bekerja dan menjadi diri sendiri seperti dulu," kata Kamal yang memberitahu, peristiwa itu banyak mengubah dirinya terutama apabila berada di khalayak awam.

Klik untuk gambar besar



















Sementara itu, Kamal atau nama penuhnya, Ahmad Kamal Ahmad Adli, yang menghabiskan masa kira-kira dua bulan berkurung di rumah sebagai langkah berhati-hati itu turut mengulas mengenai luahan isterinya di media sosial berkenaan beberapa pihak yang dikaitkan dalam kejadian ini, dimana dia berasa itu hanya pandangan peribadi Uqasha.

"Mungkin ketika itu fikirannya (Uqasha) terganggu dan dia dengar cerita pelbagai pihak mengenai isu ini. Jadi dia luahkan perkara ini di media sosial. Saya cuba juga hafal dialog seorang diri dan ternyata okey. Saya sangat bersyukur sebab kecederaan yang berlaku ketika itu tidak teruk. Doktor kata kalau kena di bahagian bawah dekat leher mungkin keadaannya lain pula. Cuma sekarang saya berdoa benda ini tak berulang lagi kepada saya dan orang lain juga.

"Saya tak nak cakap negara Singapura itu bahaya. Saya dah pergi banyak kali dan tiada berlaku apa-apa pun. Mungkin orang (artis) lain yang nak ke sana untuk program begitu kena sediakan pihak-pihak untuk jaga keselamatan mereka," katanya yang kini sudah boleh kembali menjalani rutin harian seperti biasa.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: