07 May 2023

SAARI AMRI : "CARA DIA (HATTAN) CAKAP TU MEMANG BRUTAL.. DIA PERNAH PERGI HAJI, ADA GELARAN DATUK... JANGAN FIKIR DIA TU 'STAR'..."



Isu Datuk Hattan 'sekolahkan' penyampai berita ketika siaran langsung baru-baru ini, turut mendapat perhatian komposer dan penulis lirik, Saari Amri yang tidak setuju dengan tindakan penyanyi itu.

Kata komposer itu, Hattan sepatutnya lebih menjaga percakapan apatah lagi sudah tunaikan Haji dan juga mempunyai gelaran Datuk. Ulas Saari lagi, Hattan sememangnya mempunyai karakter tidak bertapis dan itu sememangnya cara penyanyi itu.


"Cara dia cakap tu memang brutal.. dia pernah pergi haji, ada gelaran Datuk. Sepatutnya kawal sikit cara percakapan tu. Jangan fikir dia tu 'star', cakap ikut sedap mulut je. Saya sudah lama kenal Hattan dan tahu bagaimana karakternya... mulutnya memang 'laser' dan tidak bertapis.

"Pada saya, itu cara dia. Tapi kalau kita jenis berfikir dan matang, cakap tu sepatutnya sopan sikitlah. Bagi saya dia tak perlu minta maaf sebab itu memang gaya dia, lagipun kalau dia buat permohonan maaf kejantanannya akan tercabar... jadi lebih baik diam sahaja. Secara peribadi dia (Hattan) memang seorang yang susah nak minta maaf," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Saari berkata, dia tidak berkecil hati apabila disangka sudah meninggal dunia oleh penyampai berita itu dalam temu bual berkenaan.

"Apabila pembaca berita itu menyebut nama saya, terkejut juga tapi tak sangka masih ada orang ingat saya lagi. Tiada masalah atau terguris hati walaupun nama saya tersalah sebut oleh pembaca berita itu yang menganggap saya sudah tiada. Saya rasa bangga pula sebab sekurang-kurangnya ada yang mengenali Saari Amri," tuturnya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: