07 May 2023

SEKALI LAFAZ - HAFEEZ MIKAIL KINI SAH SUAMI NOOR AZIRA



Pada Sabtu lalu, pelakon Hafeez Mikail telah selamat melangsungkan pernikahan bersama Noor Azira Azman dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang diadakan di Changkat Telang, Hulu Langat.

Pada majlis tersebut, Hafiz atau nama sebenarnya Muhd Hafiz Muhd Zaki, 31, dilihat sebak menangis sambil bersalaman dengan bapanya yang berada disisinya, sejurus selepas melafazkan akad nikah.


Sementara itu, Azira, 27, menerima mas kahwin sebanyak RM300 daripada pengantin lelaki. Kedua-dua mempelai dilihat menggayakan busana pengantin yang berkonsepkan Jawa.

Pada 24 Disember tahun lalu, pelakon drama 'Hatimu Sedingin Salju' itu dan pasangannya telah mengikat tali pertunangan selepas berkenalan selama setahun.

"Dia sangat memahami kerjaya saya dan tidak pernah menyusahkan. Malah keluarga juga dapat menerima saya dengan baik. Saya sudah pesan kepada dia supaya bersedia dari segi mental kerana selepas ini pasti akan terdedah dengan netizen. Ada sahaja yang tidak kena nanti akan mendapat kritikan. Ia juga mungkin melibatkan keluarga saya dan dia," katanya.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: