07 May 2023

"KALAU TAK ADA (JODOH), SAYA DAH SEDIAKAN TABUNG RUMAH ORANG TUA-TUA MEWAH PUNYA..." - SHARNAAZ AHMAD



"Sebab posting saya nak cari pasangan bukan dalam kalangan artis, rata-rata sudah salah anggap. Saya tidak mencari, kalau Allah dah tentukan saya ini ada isteri, saya terima.

"Jebat ada Mummy baru yang pasti bukan pelakon!" tulis pelakon Sharnaaz Ahmad menerusi Insta Story miliknya, dimana dia tampil membuat penjelasan tentang kenyataan tidak mahu bakal teman wanitanya dalam kalangan pelakon yang sudah disalah anggap oleh sesetengah pihak.


Jelas Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, sekiranya tidak bertemu jodoh dia sudah menyediakan simpanan untuk menetap di rumah orang tua.

"Kalau tak ada (jodoh), saya dah sediakan tabung rumah orang tua-tua mewah punya, pakai jaket bulu warna merah sambil hisap cigar, tengok hujan rintik-rintik ikut tingkap. Ada juga kawan boleh main dam, tak pun snuker lucky ball," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, pelakon itu memberitahu, keputusannya adalah muktamad untuk tidak menjalinkan hubungan dengan wanita dari industri yang sama. Selain itu, katanya, dia mahu mencari seorang wanita yang sederhana sebagai teman hidup.

Dalam pada itu, Sharnaaz ada memaklumkan bahawa dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun enggan berkongsi cerita peribadi secara terbuka.Sebaliknya, Sharnaaz hanya berserah pada jodoh.

Malah nama pelakon Amelia Christie menjadi sebutan ramai selepas sahabat karib bekas isterinya, Noor Nabila iaitu Rosix yang dikatakan terlepas menyebut nama wanita berkenaan.


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: