07 May 2023

TAKUT DENGAN KEMATIAN - ALIFF SYUKRI MAHU KURANG BERSOSIAL, KERAP SOLAT BERJEMAAH BERSAMA KELUARGA



"Jujur saya beritahu saya takut dengan kematian. Saya takut dengan penyakit-penyakit berbahaya seperti kanser dan saya mahu mengamalkan kehidupan yang sihat.Saya nak kurangkan bersosial. Saya nak banyakkan makan makanan sihat. Banyakkan buat amal ibadah dan kebaikan supaya kalau saya mati nanti ada benda nak dikenang.

"Jujurnya saya kini sudah kerap solat berjemaah dengan anak-anak dan sekarang ini saya cuba untuk membaca al-Quran bagi mendekatkan diri dengan Allah. Saya nak pastikan anak-anak saya sudah mula pandai berbisnes kerana saya mahu tarik diri, saya nak relaks dekatkan diri dengan Allah.


"Sekarang ini dunia saya terlalu sibuk. Bila saya tengok kawan-kawan saya yang meninggaldunia awal, pelakon-pelakon yang telah menghadap Ilahi, saya tergerak untuk meninggal dalam keadaan yang tenang dan tidak mahu dikecam," itulah ujar usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan rasa takut dalam diri dengan kematian selepas melihat ramai dalam kalangan rakan-rakannya meninggal dunia di usia muda.

Dalam pada itu, bapa kepada enam cahaya mata itu juga sempat memberikan peringatan kepada masyarakat untuk terus melakukan kebaikan kerana tidak mahu diri terjeremus dalam kehidupan sosial.

Klik untuk gambar besar



"Saya selalu berfikir bila rakan-rakan saya yang terlalu bersosial, saya bersyukur nasib baik hidup saya tidaklah terlalu berlebihan. Saya menyeru kepada semua buatlah kebaikan. Kalau tak mampu daripada segi wang ringgit, bantu orang daripada segi tenaga.

"Sebab nak jadi popular dan kaya ini seronok. Saya percaya satu benda, kaya adalah satu dugaan dan miskin juga satu ujian," tuturnya yang turut berkata, kekayaan yang dimiliki di dunia adalah sementara, sebaliknya dia kini lebih memikirkan tentang pengakhiran kehidupannya.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: