07 May 2023

"SORRY YAH..." - ANAK ARWAH RIDZUAN HASHIM LUAH RASA TERKILAN TAK DAPAT TUNAIKAN PERMINTAAN TERAKHIR AYAH MAHU SKUTER



"Ayah.... princess diyana rindu ayah sangat sangat. Nanti Nana jumpa ayah selalu okay? Ayah dah tak penat dah sekarang, takda dah ayah call nana ngadu kaki ayah bengkak bengkak, ayah sakit perut berak berak, takda yah and I am happy for you.

"Tapi, punca kekuatan nana untuk terus bekerja lebih keras hilang yah... Nana selalu penat buat dua tiga kerja sebab nak bagi ayah duit, tapi sekarang semua tu berbaloi untuk nana.


"Lepasni Nana nak orderkan makanan untuk siapa? Siapa nak makan lontong rojak pagi-pagi? Siapa nak minta tolong orderkan nasi minang, ikan gulai and sayur pucuk ubi masak lemak lagi? 😞

"Kadang dah hujung hujung Nana takda sangat duit pun kalau ayah minta order makan, tak pernah Nana cakap tak boleh, takda duit, tak pernah yah, I would find any way possible to find extra money cause I promise to you that you don't have to work anymore, Nana boleh cari duit ayah takyah risau.

Klik untuk gambar besar



"Pernah kakak kakak tegur cakap "Na jaga makan ayah tu, jangan bagi dia makan benda-benda yang tak okay untuk kesihatan dia" tapi kadang ada benda ayah teringin, Nana ikutkan je. Nana faham and Nana always remind myself "takpalah apa ayah aku minta aku nak tunaikan juga" nak ayah minta apa-apa dengan Nana, semuanya dapat.

"Tapi sorry yah... tak sempat belikan ayah scooter 😭😭 That was his last request sebab dia kata dia malu nak naik wheelchair or pakai tongkat 😞 Thank you for everything my king 🤍

"Mohd Ridzuan Bin Hashim,13/08/1961 - 04/05/2023, Al-Fatihah," demikianlah tulis anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim, Diyana menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya, dimana dia seolah-olah akui hilang semangat selepas pemergian bapa kesayangannya itu.




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: