06 May 2023

NOH SALLEH KINI TUNANGAN ORANG?



Nampaknya bukan hanya pelawak dan penyampai radio Sinar FM, Shuib yang melangsungkan pertunangan dengan Watie Hanifah, malah penyanyi Noh Salleh juga didakwa sudah bertunang dengan wanita pilihannya dikenali sebagai Fatin Athirah Mustapa di Putra Heights, di sini, hari ini.

Menerusi Harian Metro, sumber berkata, majlis pertunangan bekas suami kepada bekas penyanyi, Mizz Nina itu diadakan secara tertutup membabitkan keluarga dan rakan terdekat.


Difahamkan, wanita itu adalah graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Untuk makluman, Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan berkahwin dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011, sebelum mereka mengambil keputusan bercerai awal Ogos tahun lalu.

Mereka tidak dikurniakan cahaya mata tetapi memiliki seorang anak angkat bernama Musa yang diperkenalkan pada April tahun lalu.

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: