06 May 2023

SELAMAT BERTUNANG - SHUIB & WATIE NIKAH 23 JUN DEPAN



"Assalamualaikum, Shuib ini. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Hari ini 6 Mei 2023, Alhamdulillah, saya baru sahaja melangsungkan pertunangan dengan Watie.

"Saya mohon doakanlah semoga perjalanan kami dipermudahkan. Doakan yang baik-baik untuk kami. Doakan tau.. Selamat Hari Raya."


Demikian kata pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib menerusi video yang dimuat naik Instagram Story miliknya, hari ini, dimana dia tampak segak mengenakan baju Melayu cekak musang warna hijau pucuk pisang.

Dalam video tersebut, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad, memaklumkan dia telahpun selamat bertunang dengan wanita pilihannya, Watie Hanifah dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman usahawan itu di Shah Alam, hari ini.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, memetik laporan Astro Gempak, Shuib memberikan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie. Manakala pihak wanita pula telah membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.

Difahamkan, Shuib dijangka bakal melangsungkan pernikahannya dengan Watie pada 23 Jun depan, selepas hampir dua tahun bergelar duda empat anak.





         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: