06 May 2023

KENA JANGKITAN DALAM DARAH - SHAHEIZY SAM KINI OKAY, SUDAH KELUAR HOSPITAL



"Alhamdulillah, dah okay. Demam panas sejak hari pertama raya. Kebah sekejap kemudian hujung minggu hari itu demam panas lagi. Jangkitan dalam darah tinggi sangat.

"Sekarang sudah keluar (hospital). Saya sedang berehat di rumah emak di Melaka sekarang," jelas pelakon Shaheizy Sam, 40, mengenai keadaannya yang dimasukkan ke pusat perubatan di Shah Alam, baru-baru ini, akibat jangkitan dalam darah.


Kata Sam atau nama penuhnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia diserang demam panas sejak hari pertama Aidilfitri dan berterusan selama beberapa hari. Pelakon filem 'Polis Evo' itu tidak menafikan keletihan melampau menjadi punca kesihatannya tumbang kerana tidak henti-henti bekerja pada Ramadan lalu.

"Bulan puasa tempoh hari, saya berniaga habis-habisan. Selain itu banyak jalan ke sana-sini dan dan kurang tidur. Itu yang buat 'koyak'," tuturnya yang turut memberitahu dia masih sempat beraya tapi dalam keadaan tidak tenteram selain merasa sangat penat.

"Sempatlah bangun bergambar dengan keluarga pada sebelah tengah hari Aidilfitri pertama tempoh hari. Selepas itu tidur balik. Raya keempat sebenarnya sudah kebah. Sambung berayalah kemudian dia datang balik," katanya.

Klik untuk gambar besar



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: