17 May 2023

HAFIDZ ROSHDI FAILKAN PERMOHONAN HADANAH, HAK PENJAGAAN PENUH & INTERIM DUA ANAK



Di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Pelakon Hafidz Roshdi telah memfailkan permohonan hadanah iaitu hak penjagaan penuh dan interim dua anaknya, Humairah dan Umar.
Memetik laporan Sinar Harian, peguam syarie yang mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini berkata, tuntutan hadanah penuh difailkan pada 18 April sementara interim pada Jumaat lalu.

"Hafidz memohon agar diberikan hak lawatan yang tetap memandangkan setakat ini berlaku kesulitan untuk Hafidz berjumpa atau berkomunikasi dengan anak-anak.

Klik untuk gambar besar
"Sesalinan dokumen mengenai permohonan tersebut akan diserahkan kepada pihak defendan atau peguam syarienya dalam masa terdekat," kata peguam.

Sebelum ini, Hafidz meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang meraikan Hari Raya bersama dua anaknya itu.

Pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: