16 May 2023

KONGSI FOTO SIDAI PAKAIAN DALAM DI PAGAR BESI - AMEERA KHAN KENA TEGUR



Nama adik kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan atau Little Miss Khan, kembali hangat diperkatakan selepas memuat naik perkongsian yang menjadi perhatian.
Dalam hantaran tersebut, Ameera memuat naik gambar pakaian dalamnya berwarna merah yang disidai di pagar besi sekaligus mengejutkan netizen.

Seperti sudah dijangka, rata-rata netizen tampil menegur tindakan Ameera seolah tiada sifat malu, selain ada juga menyindir selebriti media sosial itu dengan mendakwa pergi umrah berkali-kali tetapi hanya sia-sia.

Dalam pada itu, ada yang menitipkan nasihat buat Ameera supaya menjaga kehormatan diri serta mendoakan agar dikurniakan hidayah.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: