16 May 2023

SAM BUNKFACE MAHU KEADILAN



"Saya nak mencari keadilan. Insya-Allah mahkamah yang mulia ini akan berikan keadilan. Itu saja. Selain daripada itu, anda kena tanya puan Aida (bekas isteri). Pergi tanya Aida. Saya tiada apa-apa lagi nak cakap.
"Kalau saya nak cakap sesuatu saya akan bagi kenyataan yang lebih besar. Kalau korang (kamu) nak tahu, Bunkface akan keluar album tak lama lagi," kata penyanyi Sam Bunkface sambil berjenaka kepada media selepas prosiding selesai dimana dia ditemani isteri, Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi, selain meluahkan rasa syukur kerana dapat berjumpa anaknya, Maleeq, 7.

Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Shukran Yusof menetapkan tarikh 26 Jun ini untuk sebutan semula kes pindaan bayaran nafkah anak yang dituntut Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Anuar Baharom, 35, kepada bekas isterinya, Aida Azira Husin, 36.

Sementara itu, peguam syarie, Liyana Sihar yang mewakili Sam itu berkata, Aida tampil dengan beberapa isu yang disebut dalam perbicaraan hari ini.

"Dia sebut secara lisan dan keterangannya secara am iaitu anak tak dapat kehidupan yang baik. Mereka akan beritahu pada tarikh 26 Jun ini sama ada terdapat saksi dalam kes ini.

"Hakim bagi tiga tarikh. Untuk soalan-soalan balas saksi pun pada tarikh seterusnya. Itupun jika ada dan kalau tiada kes akan ditutup. Tapi dia kata ada dan mungkin ada," jelasnya.

Tambah Liyana lagi, mereka tiada kepastian mungkin sekiranya saksi ada hal dan mereka mahu bawa saksi serta mahu menutup kes tanpa ada saksi semuanya bergantung kepada Aida : "Itu yang dizahirkan kepada mahkamah, kita dengar yang itu saja," tuturnya.

Dalam pada itu, Aida yang hadir bersama peguamnya enggan memberikan sebarang kenyataan dan bergegas menuju ke kenderaan sejurus selepas keluar dari ruang perbicaraan.

Terdahulu, Aida tidak bersetuju dengan permohonan dibuat belas suaminya itu berhubung pindaan nafkah anak lelaki tunggal mereka, Maleeq.

Jelas Aida menerusi jawapan dalam prosiding, sekiranya jumlah nafkah kurang daripada RM1,300, anaknya tidak mendapat kehidupan sempurna.

"Kalau dikurangkan, saya terpaksa kurangkan makanan dia (anak).. toys (permainan), aiskrim. Selain itu tempat tinggal juga kena selesa. Contohnya pendingin hawa yang saya kira membabitkan bil (perlu dibayar)," ujarnya.

Bekas isteri Sam itu turut memaklumkan jumlah nafkah anak sebanyak RM1,300 yang diperoleh daripada Sam sebelum ini digunakan untuk membayar segala keperluan antaranya insurans, perubatan dan makanan.

Aida yang berkahwin dengan Sam pada 25 April 2015 sebelum bercerai pada Januari 2019 itu turut mengulas mengenai isu royalti, dimana dia tidak pasti sama ada bekas suaminya itu memperoleh bayaran atau tidak.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: