16 May 2023

DELIMAWATI REDA ANAK PEREMPUANNYA KEMBALI MENGHADAP ILAHI



"Selamat jalan anakku sayang. Kamu hantar ibu ke rumah Allah. Selepas lima hari kami di sini, kamu tinggalkan ibu buat selamanya. Betapa pilunya hati ibu mendapat berita Sarah dah tak ada Iagi."
Demikian tulis pelakon Delimawati Ismail, 65, menerusi laman Instagram, dimana dia kini berada di Makkah mengerjakan umrah ketika mendapat berita pemergian anak perempuannya, Sarah Jaafar, 43, yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 petang semalam.

"Ibu kena reda dan kuatkan semangat ibu. Tak apalah anakku. Ibu doakan semoga Allah ampunkan dosa-dosamu dan digolongkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insya-Allah selagi ada hayat ibu, doa ibu tidak akan putus untuk Ara. Tunggu ibu di sana," tuturnya.

Dalam tempoh kira-kira setahun, Delimawati telah berdepan ujian berat apabila kehilangan dua anaknya. Pada 30 April tahun lalu, anak lelaki pelakon itu 65, Zulfazli Jaafar meninggal dunia di Hospital Banting, Selangor.

Jelas Delimawati lagi, kali terakhir Sarah yang dipanggil Ara itu meraikan hari jadinya ketika di lapangan terbang sebelum ini.

Sementara itu, seorang rakan Allahyarham berkongsi Sarah adalah seorang ahli perniagaan yang tidak kedekut ilmu.

"Kali terakhir berjumpa pada Ramadan tempoh hari. Sanggup datang dari Kuala Kangsar ke Ipoh singgah gerai membeli kuih limas. Tak sempat bersembang lama ketika itu kerana ramai pelanggan yang datang. Hanya senyuman tak pernah lekang dari wajahmu sahabat.

"Kami selalu sokong sesama sendiri. Melihat perkembangan perniagaan bermula dari bawah yang tak punya apa-apa sehinggalah berkembang dan maju. Sangat mudah berurusan denganmu sahabat," katanya.

         ________________________
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: