16 May 2023

SEMASA HARI NIKAH - ANAK LELAKI RIDZUAN HASHIM MAHU PAKAI BARANGAN PERIBADI ARWAH BAPA



"Sebagai seorang ibu saya boleh lihat sendiri dia (Dhanial) masih belum okey. Dia masih dalam tempoh terkejut dan bersedih. Untuk persiapan perkahwinan, Dhanial ada cakap tidak mahu terlalu berbelanja.
"Malah dia mahu pakai barangan yang ada dalam almari arwah ayahnya untuk hari pernikahan dan persandingan. Selain itu dia juga mencari sepasang sut arwah dah mahu dikecilkan saiznya untuk dipakai jika ada majlis menyambut menantu di Kuala Lumpur nanti."

Itulah kata pelakon Didie Alias, 52, yang memberitahu lima orang anak mereka masih lagi bersedih terutamanya anak lelakinya, Muhammad Dhanial, 29, yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi, selepas hampir dua minggu pemergian bekas suami iaitu Allahyarham Ridzuan Hashim.

Klik untuk gambar besar
Jelas Didie, meskipun Dhanial sedang sibuk menguruskan persiapan majlis pernikahannya yang akan diadakan di Tawau, Sabah pada 20 Mei ini, kesedihan anak lelakinya itu masih jelas terpancar di wajahnya.

Dalam pada itu, Dhanial yang masih merindui bapanya, turut menyuarakan hasrat ingin memakai barangan peribadi arwah seperti jam tangan dan samping pada hari pernikahan dan majlis persandingannya nanti.

Tambah Didie lagi, keluarga bakal menantunya juga telah mengambil keputusan membatalkan beberapa acara melibatkan adat seperti majlis berinai.
"Kalau ikutkan majlis di sana memang meriah tetapi keluarga bakal menantu telah batalkan beberapa acara lain. Hanya majlis nikah dan bersanding sahaja. Kami sekeluarga sentiasa memberi semangat buat Dhanial. Tapi sekarang ini yang paling saya risaukan adalah detik dia bernikah nanti. Takut dia tidak dapat kawal emosi," tuturnya.

Berkongsi sambutan ulang tahun kelahiran Dhanial yang diraikan pada Satu lalu, Didie tidak menyangka detik gembira itu bertukar air mata apabila anak lelakinya menerima hadiah berupa minyak wangi yang sama seperti arwah bapanya

"Dia ada cakap nak perfume yang baunya sama macam ayah. Jadi adik-beradik hadiahkan minyak wangi yang sama. Tak sangka detik gembira itu bertukar sedih, kami semua terdiam apabila Dhanial menangis," kongsinya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: