15 May 2023

"JANGAN SERANG SESIAPA..." - ISAAC VOO TERSINGKIR BIG STAGE 5, JURI SELAMATKAN NAUFAL AZRIN



"Populariti awak dikenali, tetapi nyanyian kena seiring dengan populariti. Malam ini paling tak sedap. Banyak flat, stamina tak ada. Bila dah tahu ada kehendak kena menari awak kena fit, banyak bergerak tapi awak tak ada stamina itu.
"Kita tak nak populariti hanya sekadar muka. Untuk saya perbaiki bukan lebih mengenali. Bakat datang dulu baru rupa," komen juri tetap program Big Stage (BS5) iaitu Ajai selepas persembahan Isaac Voo, 28, dimana dia berkata, penyanyi kumpulan KPOP itu mempunyai populariti yang bagus namun nyanyian tersebut tidak setanding popularitinya.

Komen yang diberi juri itu merupakan yang komen terakhir buat Isaac apabila perjalanan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah, itu di pentas Big Stage 5 (BS5) terhenti apabila diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir pada minggu kedua yang berlangsung pada malam Ahad, selepas juri menggunakan Imuniti X bagi menyelamatkan salah seorang peserta iaitu Naufal Azrin.

Klik untuk gambar besar
Bertemakan Lagu-Lagu Rancak, Up Beat, Isaac yang menyampaikan lagu 'Terhangat Di Pasaran' dimana ia pernah dipopularkan oleh Kumpulan KRU itu menjelaskan, faktor kesihatan menjadi punca dirinya gagal melakukan persembahan terbaik. Meskipun kecewa kerana gagal meneruskan saingan dalam program berkenaan, Isaac berkata, dia sudah berusaha sehabis baik, namun rezeki itu tidak memihaknya.

"Sebenarnya masa latihan dua hari lepas saya memang tiada suara, jadi hari ini saya tak dapat lakukan terbaik. Sayang sebab minggu depan saya nak tunjuk Mk yang lain tapi tak kesampaian. Tapi hari ini walaupun saya tak sihat tapi saya janji dengan diri sendiri untuk buat persembahan terbaik," kata Isaac turut memberitahu, dia sedikit keliru mengenai konsep penyingkiran program berkenaan, bagaimanapun penyanyi itu tidak menyalahkan pihak juri sekali gus percaya ada sebab keputusan itu dilakukan.
"Markah saya paling rendah, masa tahu Naufal tersingkir saya terkejut. Bila juri kata nak guna Imuntiti X, saya keliru dengan situasi itu. Bila cakap nak guna Imuntiti X barulah saya sedar saya yang tersingkir. Tapi saya percaya juri pilih saya atas sebab tersendiri, mereka pasti tak akan buat keputusanyang tak sepatutnya. Jadi saya terima dan akan buat lebih baik lain kali.

"Saya minta maaf kepada peminat saya sebab mereka selalu undi saya tapi tak apa ini bukan pengakhiran. Saya akan buat lebih baik lagi. Saya harap peminat saya tak sedih sebab ini adalah adat ada turun dan naik, saya okay dan saya harap peminat pun okay. Isaac akan bukitkan mampu menyanyi dengan baik.
"Walaupun saya tersingkir tapi jangan serang sesiapa, saya akan buktikan pada Abang Ajai yang saya boleh menyanyi. Saya tidak berkecil hati, dia di sana sebagai juri jadi saya terima segala komen dengan hati terbuka. Ini adalah sebab kenapa saya sertai Big Stage untuk dengar mana yang perlu saya baiki," jelas Isaac yang berharap peminatnya tidak menyerang juri mahupun Naufal yang dikatakan menjadi punca dia tersingkir.

Selain Isaac, Naufal dan Afuahanie antara perserta yang mendapat markah terendah untuk minggu kedua ini. Manakala Nadeera, Waode dan Putera Muhammad antara tiga yang tertinggi dengan markah 85.67 peratus, 84 peratus dan 68.67 peratus.

         ________________________

var linkwithin_site_id = 887635; Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: