14 May 2023

IBU SEORANG MUALAF CEKAL BESARKAN TIGA ANAK SENDIRIAN - MEER NASH LUAH KAGUM



Penyanyi dan pengacara, Meer Nash, 28, yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang bapa selepas ibu bapanya bercerai ketika usianya enam tahun itu meluahkan rasa kagum dengan ibunya, Selina Lee Abdullah, 53, yang menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan bapa buat dia dan dua adik beradik yang lain.
Dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan terbaik oleh ibunya, yang juga ibu tunggal dan mualaf yang begitu mentaati Islam, Meer Nash atau nama sebenarnya, Muhamad Shahmeer Mohd Nashrul berkata, ibunya adalah lambang wanita cekal, tabah, sabar dan kuat semangat kerana mampu membesarkan tiga anak lelaki bersendirian.

"Saya sangat menyayangi ibu saya dan bangga dengannya kerana contoh yang baik ditunjukkan sebagai mualaf yang kuat imannya. Saya pernah ajak emak ke pusat karaoke. Dalam bilik karaoke yang disewa itu, saya minta emak buka tudung sebab bukan ada sesiapa pun kecuali keluarga kami saja.

"Dia kata tak boleh sebab nanti ada pelayan lelaki masuk hantar minuman dan makanan. Selama ini saya tengok emak tak pernah tinggal solat, pergi belajar agama tiap-tiap Sabtu dan dia wanita yang saya sangat hormati serta kagumi dalam hidup ini.

"Saya membesar tanpa mendapat kasih sayang seorang bapa. Saya bersama abang dan adik juga tidak mendapat kasih sayang penuh daripada emak ketika kami kecil kerana dia (emak) perlu bekerja. Emak saya kena jadi bapa dan ibu serentak. Jadi, kami adik-beradik lebih duduk bersama nenek.

Klik untuk gambar besar
"Habis sekolah, duduk di rumah nenek saya, seorang Cina di Pulau Pinang. Habis kerja, barulah emak akan ambil dari rumah nenek dan kami tiga beradik balik ke rumah menaiki motosikal bersama emak. Jadi, sekarang menjadi impian dan usaha saya untuk balas semua jasa emak," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Sementara itu, dalam perkembangan lain pula, Meer baru sahaja melancarkan single berjudul 'Permata' dimana lirik lagu tersebut didapati cukup dekat dengan kisah hidupnya bersama ibu tercinta.

Dilancarkan sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan hari ini, Meer berkata, dia bersyukur dapat menampilkan kemunculan ibunya dalam muzik video lagu itu.

Mengenai persaingan di pentas Big Stage musim kelima, Meer memberitahu, dia akan cuba membuat terbaik memandangkan kesemua peserta bertanding sangat hebat, berbakat dan mempunyai strategi tersendiri.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: