14 May 2023

PENYANYI NOMAD SELAMAT BERGELAR SUAMI SEMALAM



"Saya bertunang dengan Farah Wahida Hassan pada 12 Mei lalu dan akad nikah kami berlangsung pada pagi 13 Mei (semalam). Mas kahwin pula sebanyak RM13,000.
"Segala persiapan perkahwinan di saat akhir berjalan dengan lancar. Alhamdulillah syukur," kata penyanyi lagu 'Tetap Menantimu', Nomad, 35, yang memaklumkan, dia selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya, Farah Wahida Hassan, 40, semalam, sehari selepas bertunang kelmarin.

Berkongsi menerusi mesej di kiriman WhatsApp yang dikongsikan kepada syarikat pengurusannya, Indigital Music, Nomad atau nama sebenarnya, Nur Mohd Alieff Ayub meluahkan rasa syukur dirinya kini sudah bergelar suami walaupun berasa sedikit janggal apabila kini dipanggil suami kepada Farah Wahida.

Ditanya mengenai pendekatannya yang tidak berkongsi kisah percintaan dengan isteri, Nomad berkata, apa yang berkaitan kisah dirinya yang tidak pasti lagi, lebih baik tidak dihebahkan lebih awal.

Klik untuk gambar besar
"Bagi saya, apa benda yang belum pasti berkenaan dengan kisah hidup saya terutama dari segi percintaan saya tak akan dedahkan. Saya rasa bila dah sah, baru saya akan 'reveal' (mendedahkan). Ada beberapa perkara kalau dalam hidup saya kalau ada sesuatu sepatutnya saya akan kongsi, saya kongsikan.

"Tapi, kalau ada yang tak perlu dikongsikan. Saya rasa tak perlu kongsikan," kata Nomad yang pernah menyepi seketika selama lima tahun daripada industri hiburan, sebelum muncul semula pada 2020 lalu apabila tampil menyertai Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) pada tahun itu yang mendapat perhatian ramai.

Terdahulu, kisah perkahwinan Nomad diketahui media selepas hantaran beberapa foto dan video majlis resepsi yang berlangsung di Kedah itu dikongsikan penerbit drama, Fadzil Teh di laman Instagram berserta ucapan tahniah kepada pasangan pengantin.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: